Friday, December 30, 2011

Family travels

22 disember hingga 26 disember aku ngn family g holidays ke KL,N9,kedah n penang. KL AKU DATANG (!) G holidays pun sebab nak hantar kakak balik Poli. kat Kedah. Kalau la dia balik sendiri naik bas, alamat memang x berjalanlah aku ni kan. first day 22 malam n 23 siang kat nilai dulu. Umah Mak Long. Kat sana aku duk umah je sebab tak tau nak g mane. kat umah Mak Long aku melantak aje la. Yela. Masakan Mak Long aku sedap. lagi-lagi dapat makan ikan keli salai dengan ayam salai masak lemak cili padi. Bak kata Awal Ashari memang FUHHH ! Memang takdenye aku nak keluar la kan? Lepas makan kitorg bertolak g Kajang. Umah Mak Lang @ Mama. Dalam perjalanan tu kakak drive n ayah ajak lalu kat kawasan F1 dengan KLIA Airport nak tengok kapal terbang. Tu memang aktiviti wajib kitorang kalau da sampai kat Nilai ni. Yela ayah dah tau anak dia yang sorang ni memang nak sangat jadi PILOT (!). Lagi-lagi Pak Long aku ni keje kat airport bahagian kargo. Bila dah nak sampi KLIA Airport tu kebetulan lalu dekat KLIA college then ayah kate "nanti ayah nak syaira masuk sini". kuang kuang kuang. Semangat ku da kembali. la da da(!) hehe.

Dalam petang macam tu da sampi kat umah Mak Lang @ mama. Sampai-sampai je dah terhidang lauk nasi paprik kat atas meja. berbekalkan perut ku yang lapar terus aku amek pinggan then makan dengan penuh kesopanan. HAHA ! macam tak je kan? Malam pulak Mak Lang @ mama ajak g Damansara makan western food kat Ayob Cafe. Macam biasa la aku akn order Lamb Chop dengan Ice Lemon Tea. 24 ari bulan pula kitorg g Jalan Tar. Buat ape lagi. Shopping saje la. Shopping sane sini then g Jalan Kenanga. Shopping gak. Dalam malam gitu aku g umah pakcik aku. Cik Bakri dan Cik Ein. Jumpa si keriting Sara yang jalan terkedek-kedek ni. Da nama pon baru 2 tahun kan? So, bermalam kat umah diorang. Malam tu aku naik giler melayan si budak keriting ni. kejap2 main lukis2, kejap2 lari2, lepas tu main piano pulak. Bila soh tdo bole plak die cakap tak nak Ptdo. last2 aku gunakan taktik yg plg berkesan baru la dia nak tdo.Penat kau nak soh die tdo ni.

25 Disember kami bergerak ke Pinang dan Kedah untuk menghantar Cik Rara kita ni balik ke Poli. beliau di Kedah. Kami ke Pinang just jalan-jalan kat queensbay (betul x ejaaj ni?) dan pegi beli jeruk kat Pasar Jeruk (entah betul ke tidak ni). Disebabkan dah lama tak datang Pinang ni, jalan ke Pinang Road pun dah lupa. So, terpaksa la on GPS dan tanya orang

26 Disember yeah. JB AKU BALIK (!) Sebelum balik JB singgah umah Mak Long lagi satu kat N9 daerah mana entah dah lupa. Sampai-sampai je kami dah dihidangkan dengan makanan kampung dimana ada ayam masak ungkep, sayur-sayuran dan ikan keli. sayur dan ikan keli tuh aku pasti Mak Long masak ape. Da ade kat atas meja aku sebat aje la. Lepas makan ikut Mak Long g kebun. Time kat kebun tiba-tiba pulak hujan. So, terpaksa la balik. Kami balik JB dalam kol 4.3o dan sampai JB dalam kol 10 lebih kot tak ingat la. tambah dengan jam. Kami dari Kedah pukul 7.oo pagi. Korang bayangkan berapa lama kami berada dalam kereta bapaku. duk kat umah Mak Long bukan lama sangat pun. Tak sampai 3-4 jam pun. Oke. Sampai sini je untuk hari ni. Sori gambar takde sebab kita rasa gambar yang diambil tiada kena mengena dengan percutian. hee. tata..


#when you travel, you will see beautiful scenery that can't be able in your place. I know because I have been feeling it. So you need to appreciate your holiday and don't damage it.

Do i'm spm candidates

Macam x caya je tahun depan. Opss ! tahun depan? 1 hari lagi je la aku nak naik ke TINGKATAN 5 ni. yela. hari ni kan 30 Disember. Da ade kat Tingkatan 5 ni mesti la cuak sikit kan. Yela kita kan nak SPM da. Kalau tahun lepas kita da melalui PMR. Peperiksaan yang menentukan hala tuju kita tapi SPM adalah peperiksaan yang menentukan masa depan kita. So from now on kita dah x on fb dan BLOG lagi macam selalu. Awal-awal lagi ibu da warning nak tarik LAPTOP ngan BROADBAND ni and she says "you gonna face your SPM soon so no more FB" kiranya dalam 4 Januari nanti laptop dengan broadband ni da siap2 ade kat tangan ibu. So kita nak ucapkan terima kasih kepada sang FOLLOWERS walaupun x ramai (HEHE), kepada pembaca (walaupun kita tau takde sape yang baca blog kite) dan saya ucapkan kepada sesiapa yang ambil SPM tahun 2012 ni akan berjaya. wish me luck too.

#if I have a pearl that I found with my whim tired and excellent examination results, I will give my exam results first because I want my parents proud of my examination results, not by my tiredness.

Thursday, December 22, 2011

Sick Again

Syaira sakit lagi. Ye. Sememangnya anti-body syaira sgt lemah oke. Bibir syaira pecah-pecah. Lidah syaira bengkak. Lelangit syaira luka then tekak syaira sakit. Sakit giler tak boleh nak tahan. lagi-lagi 23 disember ni syaira n family nak g KL, KEDAH dan PINANG. Sebenarnya faktor syaira sakit-sakit adalah sebab faktor kepanasan dan selesema. 2-3 hari ni syaira n siblings tido kat ruang tamu sebab dalam bilik panas sangat. Kat ruang tamu pun bukannya sejuk sangat tapi so so la. Malas la nak taip banyak-banyak. 23 disember ni syaira nak g holiday so nanti syaira masukkan gambar oke..

#jaga kesihatan korang semua!

Sunday, December 18, 2011

Harapan Tinggal Kenangan

Seminggu lepas kakak aku balik dari Kedah . Cuti sem . So, aku, Puan Ibu dan Cik Kakak g sarapan kat luar. Tetiba je Puan Ibu tanya nanti aku nak jadi apa sebab Puan Ibu x penah tau apa cita2 aku sebab cita2 aku selalu berubah. Yelah budak annoying kan. Memanglah tak tau nak jadi apa lagi. Tapi suatu hari aku da decide aku nak jadi PILOT. So, aku cakap kat Puan Ibu yang aku nak jadi PILOT.

Puan Ibu TAK KASI (!)

harapan aku hanya tinggal kenangan ...

Friday, December 2, 2011

assignment

oh again. Baru form 4 tapi keje skola nya da mengalahkan budak form 5. jeles jeles jeles sebab member2 aku yang skola lain takde keje umah pon alih2 aku kene siapkan 2 assignment penting dalam masa 1 bulan lebih. so cutiku banyak dihabiskan dengan assignment yang bertimbun.

oh assignment. bila la kau nak siap ekk? kenapa la susah sgt tajuk yang aku dapat ni? kenapa aku dapat sampai 2 assignment padahal member aku dapat 1 assignment je

assignment oh assignment. semoga kau dapat markah penuh la ye setelah banyak kertas yang aku habiskan dan yang telah aku jahanamkan semata-mata nak buat assignment yg terbaik.

assignment oh assignment cepatla siap ye sebab hujung bulan ni aku nak g melancong. kalau kau lambat siap macam mana nak bersuka ria?

assignment oh assignment.
assignment la sangat ! SATU BENDA PON X BUAT LAGI MAHU BANYAK SONGEH PULAK! AKU SEKEH KARANG!!!

Tuesday, November 29, 2011

birthday yg ke 16 tahun(who are me ??)

♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ♫ ♪ ..•:*¨¨*:•♫ ♪ HappyBirthday to me ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪

Happy Birthday to me♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday Happy birthday♫♪ ♫

♪♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪Happy Birthday to me♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪ ♪♫•*¨*•.¸¸♥

¸¸.•*¨*•♫♪.

.(credit to Isma Daniel)


Da 16 rupanya aku ni ekk? Tapi x sedar diri lagi nak ambil SPM tahun depan. So, aku da make a wish for myself. Harap-harap ape ayng aku minta tu berjaya dilaksanakan la ya. Amin.. Wish me luck guys !

So, sempena birthday aku ni, aku nak cite kat kau la, who are me. Kalau korang nak baca, silakan. Kalau tak nak. Nampak tak tanda X di atas sekali belah kanan? Silakan tekan dan serta-merta anda akan pergi dari blog ini.


1.Nama saya FARAH NURSYAHIRAH.

Ramai sangat tanya aku kenapa orang ramai panggil aku SHARPAY lagi-lagi masa aku masuk teater, the most of the team panggil aku SHARPAY. Atau sebenarnya aku ni nak jd HOT dengan nama dari HIGH SCHOOL MUSICAL tu. Sebenarnya, masa aku form 3, mam ajar kelas BI. So, beliau suruh cari satu nama British untuk dijadikan nama panggilan. Aku ni tengah pening tetiba muncul plak cite HIGH SCHOOL MUSICAL scne SHARPAY tengah nyanyi dengan RYAN, adik dia. So,aq amik nama SHARPAY tu. Lagipun director teater aku tu ma

m. So, dia yang mula-mula panggil nama sharpay tu. So, da melekat sampai sekarang.

2.bapa saya bernama MOHAMAD DAHLAN
selalu gak orang tanya. Nama ayah MOHAMAD DAHLAN, tapi kenapa panggil SAAD ? tu nama panggilan la. ayoyo ! Nama tu nenek yng kasi masa ayah kecik2 dulu.

3.peramah
slalu gak orang cakap aku ni sombong. Sebenarnya aku x sombong la. Aku ni peramah tau ! (cet! puji diri sendiri plak). Cuba kalu kau org tny member2 aku. Dorang xkan cakap aku sombong pny. wee~

4.tak cantik/comel/cute

(aq x tau nak describe macam mana sebab sememangnya aq seorang yang x cantik/cute@comel) sape yg ckp aq ni cantik,comel atau cute tu aq rase die buta kot ! HAHA !

5.kuat membebel
oke. Kalau kat kelas tu memang dengar suara aku je la sampi teacher BI aq selalu tegur. Aku akan diam kalau aq tgh bengang/malu/waktu periksa.

6.kurang kawan rapat
Aku ni jenis kurang kawan rapat sebab aq susah nak mengaku seseorang tu kawan rapat atau best friend forever aku.

7.cepat benci
Aku ni cepat benci orang. Sekali je org tu buat slack memang aku x lupa smpi bile2 n aq xkan percaya pd dia.

8.susah percaya pada org.
mungkin aku ni da bnyk kali kena tipu kot. sebab tu aq x mudah percaya pd org.
9.love my DOGGY DUDE !
x tau la nak describe macam mana. Yang aku tau aku sayang dia sgt2 ! Aku x kan lepaskan dia kat orang lain ! ! UOY EVOL I. iwillnotletyougo!

so, korang da tau la sedikit sebanyak pasal aku kan ? So, HAPPY BIRTHDAY TO ME ! HAHA !

Sunday, November 27, 2011

kawan sejati kah aku ???

Korang penah dengar pasal kawan sejati tak?? Its mean dia sanggup bersama kau samada dalam kegembiraan atau kesedihan. Tapi takkan semudah tu orang nak anggap kawan sejati ekk? macam mana pula kalau seorang kawan ni dia bersama kau dalam keadaan susah atau senang,gembira dan sedih. Tapi, belakang korang dok mengutuk kau sana sini? Tu kawan sejati jugak ke? Bila aku tanya orang, dia orang kata kawan sejati tu satu benda yang subjektif. Kalau aku tanya subjektif yang macam mana, aku gereti dorang pon terpinga-pinga nak jawab. Tapi kat sini bukan aku nak cerita macam mana nak jadi kawan sejati. Aku nak korang tengok, kawan sejati ke aku ni?!.

1.First of all x tau malu
Aku ni selamba je suruh kawan aku belanja aku dan dengan selambanya dia pon blanje aku. Kitorang x kisah sangat bab-bab belanja ni. Aku pun selalu belanja diorang. Penah satu hari tu kitorang hang out then nak beli satu barang. Malas la byar ramai-ramai then kitorang bg duit kat Zura suruh dia bayarkan. Bila da beli tu kitorang perasan ade duit lebih tapi x tau sape pny n nak bg sama rata pon x cukup. So, diorang bg aku duit tu. Zura kate pusing-pusing kita jugak.

2.second please tak hipokrit
Hipokrit atau erti kata lain x jujur. Aku n suke bersikap terus terang la (cet ! puji diri sendiri pula minah ni). Member aku pun same sebab aku lebih suka kalau orang jujur sebab bila kita tanya kat orang yang x jujur ni susah sikit sebab bila kita tanya dia

A:aku ni baik ke jahat?

B:baik sangat sangat.

tapi sebenarnya kitalah orang yang paling jahat dalam dunia ni. So, bila kita berinteraksi dengan orang yang jujur, kita boleh tau sape diri kita. Dulu aku penah tegur member aku.

Aku:asal muka kau nampak bulat?

Member:memang pon.

3.number three oke ! jaga hati.
Aku ni terlalu tak nak orang kecil hati dengan aku. So, sebab tu biasanya aku malas nak komen perangai member aku sekor-sekor melainkan kalau dia sendiri yang tanya macam mana perangai dia. Tapi aku akan bgtau/cerita kat dia dan yang rapat ngan kami je la.

4.four ! Four ! Four ! direct
Maksud direct kat sini bukan sound direct uh. Maksud aku direct ni aku akan cakap direct ngan member aku. Masa tu member aku ade pinjam duit aku. Ala bape inggit je kot. Tapi bape inggit je pon duit jugak ape. Dia x bayar. Then aku cakap la

Aku:duit aku ni macam kurang la. oh baru aku ingat ! Bila kau nak bayar duit aku ?

Member:hehe. nanti aku bayar la. aku tengah takde duit ni.

5.sporting,happening,suka bergurau
So,memangla. aku ni dilahirkan dalam family yang suka bergurau. Kadang-kadang tu aku penah cakap kat kakak aku yang asyik makan je.

Aku:kau ni ada bela saka ke ?

Sis:.HAHA.

so, tu jugakla yang aku cakap kat kawan-kawan aku. Ade sekali tu aku cakap kat member lelaki

Aku:bongok tol la kau ! Dahla x handsome ! HAHAHA

Member:HAHA ! suka hati kau je ea? kau tu yang bangang !
(padahal member aku tu memang handsome tahap gaban)

So,bile aku cakap macam tu kat dorang, dorang pon jawab macam takde perasaan sebab dorang tau aku ni jenis yang suka bergurau.

so,macam tu la serba sedikit pasal aku. Sama ada aku ni kawan sejati atau x korang sendiri la yang menilainya pon.








Saturday, November 26, 2011

rokok dan kopiah

vlog yang simple pd pandangan org tp penuh dengan nilai keinsafan bg org yang benar benar menghayatinya.walaupun ia x menyerlahbg orang biasa, tp mesej yg hendak diberikan itu tepat dan jelas bg orang yg berada dalam keadaan seperti di dlm vlog ini dan x semena mena ia boleh mendatangkan keinsafan untuk mereka.aku suka scene bile kawan dia solat, dia perlahankan suara dengan pakai headphone. maknanye dia hormat kawan dia solat.bagi sesiapa yang terkejut dengan vlog ini dimana matluthfi menghisap rokok,sebenarnya "seriously aku tak hisap rokok doh malah selalu puasa sunat sebab tu kurus hikhik",dipetik dari kata-kata matluthfi.so,nice vlog.nice action.nice advice. credit to MATLUTHFI90!

Friday, November 25, 2011

hospital oh hospital :)

td dlm kol 6 aq bgn siap siap nk g hospital. gedebak gedebuk dah nak sampai hospital ni,, amik no then tggu la dpn bilik no 14. serius doktor lembab giler..aku dok usha bilik sebelah dah makin tak ramai orang ni,, setelah sekian lama menunggu doktor pon datang.

aku masuk ngan sorang minah vietnam. doktor ni pompuan, india, muka memang tak dak nya nak senyum la kan. doktor tu macam malas nk layan sbb minah tu g salah tempat. lepas tu turn aku plak.

ok part ni yang paling bengang nk citer. korang tau x baru aku duduk die dah tny aku soalan macam seorang polis menyoal seorang banduan. cakap lagi nk marah marah. dalam hati aku ingat macam nak tampar je doktor ni. mulut alahai malas la nak cakap an. dalam hati bengang je. dahlah die marah direct depan nurse tanpa sebab yang munasabah. kalau kau x suke keje tu beheti sahaja doe ! tak payah sakitkan telinga orang nak kea dengar patah patah ayat kau tu.

Tuesday, November 22, 2011

KEMENANGAN HARIMAU MUDA :D

seperti yg telah dijangka,, Indonesia akhirnya tewas dengan sepakan penalti 3-4 bersama Malaysia selepas persamaan mata 1-1,, x perlulah nk pertikaikan lagi,, masu tu kita dengar penyokong Indonesia bakar bendera Malaysia dan hari ini skuad bola sepak Malaysia telah pun bakar maruah mereka di padang mereka sendiri,, 2 kali berturut-turut skuad bola sepak Malaysia memalukan Indonesia di padang mereka sendiri,, dan Harimau Muda akan terus mengaum mempertahankan maruah negara,,

FAKTA:

1. Pasukan malaysia satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam setiap perlawanan pada Sukan SEA kali ini.
2. Pasukan malaysia merupakan pasukan SATU Malaysia, dgn adanya orang Melayu, Cina dan India.
3. Pasukan malaysia merupakan satu-satunya pasukan DI DUNIA yang dpt naik 'barakkuda' untuk pergi dan balik dari stadium.
4. Pasukan malaysia ialah satu-satunya pasukan yang dpt kalahkan Indonesia pda SEA Games kali ini.
5. Satu-satunya Negara Yang Hormat Negara Orang..



"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." - Ong Kim Swe

*petikan yg didapati di page FB saya,, MALAYSIAN WILL ALWAYS BE THE ONE,,

Thursday, November 17, 2011

Indonesia 0-1 Malaysia [SEA Games 2011] Syahrul Azwari Goal

tahniah ! tido lena la rakyat MALAYSIA malam ni selepas kejayaan HARIMAU MUDA menerkam garuda di Stadium Bung Karno. Semoga skuad HARIMAU MUDA kita berjaya lagi di pusingan separuh akhir dan seterusnya membawa pulang pingat EMAS untuk MALAYSIA ! penjaring gol kita malam ni ialah SYAHRUL AZWARI. kalau perasan, perkara pertama yang dilakukan oleh SYAHRUL AZWARI selepas menjaringkan gol ialah MENCIUM BENDERA MALAYSIA yang berada di baju beliau. bangga nya,,, dan bawah ni pulak pantun yang didapati di page HARIMAU MUDA.. HARIMAU akan terus mengaum !

stadium bung karno nama diberi
rumputnya seperti sawah padi
disinilah tempat garuda bersemadi
selepas diratah oleh malaysia yg ku cintai

*bung karno stadium were given names such as sawah padi sales rumputnya the bersemadi diratah by garuda after malaysia yg ku love (Translated by Bing)

Tuesday, November 8, 2011

the happiers days ever (!)

3.11-6.11 lpas aku g KL naik train. best kot tp mcm biase la,, sejuk doe, bawah ni ade la sikit2 gambar2 yang aq capture mase kat sane . aku malas nk tulis panjang2 sbb aku tau korang bknnye nk membace pon and seriously most of the picture mempamerkan muke buruk aku.
kat jb sentral beberapa minit sebelum naik train
hari pertama kat klcc

da smpi kat pertosains
tiket masuk petrosains
check-in time.
no bilik kami
bowling time (!)
malam plak kite main bowling. korang nmpk x bowling tu mghala ke mana ?? haha. dgn bangganya aq mmberitahu bahawa aq menang dalam first game (!) (credit to dyba)
check-out time. bubye smile hotel,,
di menara kuala lumpur
lunch time. setelah disental olehku,,
nmpk x kerakusan disitu ??
malamnye shopping di masjid india
berjumpa dgn munir slps shopping
mempamerka muka kepenatan. time to go back to jb. bubye !

p/s:more picture in fb album.

Thursday, October 27, 2011

you make me said that YOU ARE SHITT MAN !



sesuai x tajuk kat ats ni ngan perangai kau ?? ape pny budak doe. haha ! mari kite gelakkan die ramai ramai ! (oit ! x lawak doe !) oke ,, malas sebenarnye nk bgtau org
tp perangai kau mmg mcm ****

takdela aku nak cakap aku ni bagos sgt .. (oke itu tersangatla bajet!) jaga adab boleh ?? bukankah negara kita ni penuh dengan sifat kesopanan dan lemah lembut ?? tp serius aku cakap aku pon ngok gak selalu tapi x seteruk kau nyah .. masok im org then nk maki tanpa alasan. cikgu kau ajar macam tu ye ?? sekali aku bg perangai sial aku kat kau baru kau nak senyap kann? tahniah la pade kau ye ! nasib baik x terkeluar ayat S*** aku kan.. kau masih beruntung KAWAN !
*bnyk lover aku bg kat kau haters TERCINTA*

Friday, October 7, 2011

new from me !

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke
shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung...

Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!

Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!

Monday, October 3, 2011




Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia
4 thn bersiar2. Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?

Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka
terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

(extra one !)



Seorg pak imam t'kejut melihat rambut anaknya yg kerinting b'tukar m'jadi lurus .

imam : nape dgn rambut kamu tu ?
anak : rebonding, yah.
imam : ape rebonding tu ?
anak : diluruskan yah.
imam : Oooww...

Tiba waktu solat, pak imam g ke masjid. Sblm mengangkat takbir, pak imam menoleh ke blkg dan bkata,

imam : safnya tolong direbondingkan ya.

Sunday, October 2, 2011

soalan yang buat orang bengang

Soalan Bangang Yg Buat Org Bengang !!

1) Bila Orang Nampak Ko Baring Tutup Mata.
Soalan : Ko Tidur Ke?
Jawapan : Taklah, Aku Ngah Training Macam Mana Nak Mati Nanti.
...
2) Imagine Ko Bwk TV Yg Rosak, Jumpa Technician Suruh Repair. Dia Msti Tnya Gk :
Soalan : Nk Repair TV Ke?
Jawapan : Taklah, Aku Bosan! So, Saja Je Aku Bwk TV Ni Jalan2.

3) Time Ko Bangun Tido, Terus Si Polan Tanya Ko :
Soalan : Ko Dah Bangun?
Jawapan : Ishk. Mana Ada. Aku Tengah Tido Sambil Jalan Ni (Wat Muka Geram).

4) Kawan Ko Call Phone Rumah Ko :
Soalan : Ko Ktner Tu?
Jawapan : Ada Kt Sini. Dkt Bus Stop, Tunggu Bas!!!

5) Diorang Nampak Ko Kluar Dari Bilik Mandi Dalam Keadaan Basah2 :
Soalan : Ko Baru Mandi, Ke?
Jawapan : Mana Ada. Aku Jatuh Dalam Lubang Jamban Tadi!

6) Korg Ada Kt Dlm Toilet, Pintu Berkunci, Ada Gk Orang Ketuk Pintu & Tanya :
Soalan : Ada Orang Tak?
Jawapan : (*suare kiut) Mana Ada Orang! Taik Yg Ngah Bercakap Ni!!!

Moralnya, Fikir Dulu Sblum Bertanya. Salah Tanya Bengang Jadinya. Huhu. :P

Saturday, October 1, 2011

kemarahan seorang guru


seorang guru agama sedang mengadakan ujian peka di kelas tingkatan 4

ustaz:saya mahu awak baca doa qunut

ali:saya x tahu ustaz

ustaz:kamu ini sudah tingkatan 4 pun tak tahu baca doa qunut lagi. kamu gagal. seterusnya azli !

azli:saya ustaz

ustaz: baca doa qunut

azli: yang pnjg ke pendek

ustaz:aik ade plak panjang pendek. yg panjang la.

azli:bismillahirrahmannirrahim...

ustaz: ha ! bagus budak ni .. ha.. bace lagi. bace.

azli:qunuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttttttttttttttt.

azli:yg pendek pulak macam ni 'qunut'

ustaz:amek kau sedas penampaq !

Wednesday, September 28, 2011

CikNakal.CikGedik.CikDegil.CikNaGeGil.

aku takde keje so suke2 aq je nk tukar2 name blog. aku rase name yg baru ni unik sket. ape yg uniknye aku pon x pasti. hehe. mgkn menggambarkan diri aku kot.. hehe,, CikNaGeGil. da c bugerdil da aq bace. hehe. name story.of.souls tu dulu da mcm x de naywa lol.. boring je aq tgk.. hehe. hope korg happy ngn name baru blog ni..

p/s:bkn aq ke patotnye happy ngn name bru blog ni.. asal korg plak ekk ??

Wednesday, September 21, 2011

kawan


korang percaya x kalu aq cakap korg x bole idop tnp kawan disisi? x caye? its up to you tp itulah hakikat yg sebenarnya. kawan ni ade tiga jenis. kawan saat suka. kawan saat duka. kawan saat suka dan duka. agak2 yg mane satu korang pilih? ade org tny. kalau kawan saat duka? kalau kawan saat duka, dia dtg kat korg time dye sedih tapi bile dia bahagia dia akan pergi dengan kawan2 dia yg lain. bg aq takde beza pon kawan suka, kawan duka ataupun kawan suka duka sbb semua org berhak mendapat kawan tapi seboleh bolehnya kita nk kawan suka duka. tapi sampai sekarang aq x pasti sama ade aq da bahagiakan kawan aq atau selama ni aq hanya bagi diorang kesengsaraan. entahlah.

p/s:bahagiakan parents sblm bahagiakan org lain.

Friday, September 9, 2011

lelaki bergitar

wah ! tengok tu ! ape tuh ?? lelaki hensem ?? OHH noo ! jauh sekali oke .. tgkla die pegang ape .. gitar .. actually aq suke tgk lelaki dgn gitar mereka .. nmpk bergaye kan ?? haha ! aq suke lelaki yang pandai main gitar .. cube korg bayangkan sorg lelaki tu pandai main gitar then die mainkan untuk kawan2 die .. aq penah tengok satu wedding reception pengantin lelaki main gitar .. pengantin perempuan dok kat atas pelamin dan pengantin lelaki masuk dari pintu utama menuju ke pelamin dengan main gitar sambil nyanyi lagu yg die cipta sendiri .. kat sudut yg lain pulak ade satu video gambar gambar sepanjang percintaan diorang .. sweet sgt sampai pengantin perempuan tu nangis .. yang aku ingat lirik lagu tu macam ni
engkau penawar rindu
hidupkan hati
yang duka lara
setiap masa
ku ingat kamu
kau hidupku
i will love you
in everytime
i always miss you
now i get
what i want from you
i will not leave you..
hehe ! gile sweet doe ! haha ! aku penah mintak gitar kat mak aku . ala yg cikai2 pon jadi . HAHA . tapi x dpt2 smpi skrg .. wish someone will give me a guitar for my birthday gift ..

Friday, September 2, 2011

hari kebosanan

macam x betol je tajuk entry ni ??? lantak la .. hari hari ku yg penuh kebosanan ditemani pen buku dan liquid kembali .. aq x tau mane hilang rakan rakan aq , sahabat handai , chatting boy and so on .. mereka mendiamkan diri bagai hendak melarikan diri dari diri ini.. ape pny sttment la ni ! boring boring boring doe !

Thursday, September 1, 2011

kepada sang FOLLOWERS ..

kepada sang FOLLOWERS sekalian .. sila beri links anda untuk sy follow anda balik .. sila beri di bahagian komen atau send di FACEBOOK saye .. ini kerana saye tidak dapat menjumpai links anda untuk diFOLLOW kembali .. TERIMA KASEH .. SELAMAT HARI RAYA ..

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA (MERDEKA juga)



what the news today ?? its important or not ?? HAHA ! just want to annouce something .. i think its important for me because i want to say sorry to everyone coz make your heart breaking down ! ( ha??? what the ****?) HAHA ! sorry sorry sorry ! (fara syaira,,, BM bole? BI kaw pon berterabur) HAHA ! actually i'm not soo good in BI so ....
MINTA MAAF SEMUA RAKAN RAKANKU ! MAAF ZAHIR DAN BATIN .. kerana saya da buat awak saket hati dengan saye same ade saya sedar atau tidak .. Harap awak awk semua maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki oke ! sAya pon da maafkan awak awak semua ..

p/s:SELAMAT HARI MERDEKA RAYA .. MAAF ZAHIR DAN BATIN..


Thursday, August 18, 2011

renjer eades


siasatan renjer eades pon da selesai . da lame kot selesai tp aq bru nk citekan harini .. knp lmbt sgt ?? sbb tgn aq mule malas nk menekan keyboard melainkan untuk chat ! HAHA ! skola yg menang ialah SMK DATO PENGGAWA TIMUR .. tahniah diucapkan dan aq x suke tgk org ni amek gambar.. he makes me jealous oke ! skola kitorg dpt tmpat keenam..
















p/s:to him; x yah nk cium sgt la weyh! (mood;jealousy)

Monday, August 15, 2011

kimia.kimia.kimia.chemistry.chemistry.chemistry.

waaa ! nk terkencing ! (jap ! xd topik len ker?) kimia.kimia.kimia. td study kimia dlm satu jam je kot .. sempat flashback bab 2 ngn 3 je .. bab 1 da good kot .. bab 5 ngn 6 ??? oke ! bab 4 ngn 7 ??? aarrrggghh ! hehe . pening sket sbb kt bab ni la yg bnyk mengingat kan ???

pedulikan ! bkn kimia.chemistry ni yg aq nk citer ! chemistry len !oke td aq g skola .. nmpknye ade bnyk kimia aq ngn dak2 skola ni ek ??? first la doe ! x siap math brsame dak sekelas ! CORRECTION ! x paham sbb tu x siap ! hehe .. second ! slh waktu belajar brsame member.. patutnya waktu bersama guru tp aq g klas ag .. hee~ third ! jam itam ! aq nmpk mamat tu pon bru bli jam itam gak ! hehe ! forth ! balek lambat ! budak tuhhhhh pon baleklambat da... sibok je ! haha ! last ! beg same .. aq naek bas je bdk2 ni da senyum2 .. pelik gak aq x pnh2 dorg ni senyum kat aq .. last2 bru aq pasan ade 3 org beg same dlm bas tuh . 2 dak form 5 n sorg lg aq la .. dah la same itam .. jename pon same ... aduish ! nak tukar beg ! nak tukar beg !

Sunday, August 14, 2011

to him ! sorry ..















masalah teknikal kot ! so aku nak mintak maaf la bnyk2 oke ! aku janji aku amek belikan nanti oke .. rase bersalah sangat !

p/s:baju

someone like u ..

i laugh , i love , i hope , i try , i hurt , i need , i fear , i cry .
and i know u do the same things too, so we're really not that different .
me and you :)


what goes around , comes around .

Find a guy who calls me beautiful instead of hot , who calls me back when i hang up on him, who will lie under the stars and listen to my heartbeat , or will stay awake just watch me sleep..
wait for the boy who kisses my forehead , who wants to show me off to the world when i is in sweats, who holds my hand in front of his friends , who thinks i just as pretty without makeup on. One who is constantly reminding me of how much he cares and how lucky he is to have me.. the one who turns to his friends and says, that's me....

Sunday, July 24, 2011

the curse a new beginning a musical theatre




teater dah pon abes .. mam kate skrg kane fokus pade akademik .. sedih gler .. kalau ingat balek kitorg ni da macam satu family .. bermula dari UTM,SKUDAI .. DEWAN JOHOR JAYA n lastly SJKC CHONG HWA 1 .. ktorg bekerjasama turunkan barang props .. berkerjasama watkan teater ni jd gempak mula dri x tau ape2 . aq igt lg mse first aq msok teater .. asyik kne mara sbb x dpt nk menjiwai watak .. kak mun ngan mam asyik x puas ati ngn perfomance ktorg .. igt lg .suka duka kitorg lalui bersama . pahit getir yg da kitorg hadapi .. org ckp kami terbaik .. terhebat .. best .. tp pujian tu x buat ktorg putus ase malah ktorg maken berusaha .. dah abes teater ni kak mun, mam ngn ckg2 teater igtkn kitorg .. jgn putuskan sillaturahim kekeluargaan kelab teater ADISWARA .. walaupun kita x jmp tp facebook ade .. aq rase mcm nk nanges je bila mam kate teater da abes .. 3 perkataan yg paling aq x nk dngr .. kalau mase teater dulu rase mcm malas nk g latihan, malas nk tlg turunkan props tp skrg aq mula rindu .. rindu nk g latihan teater .. rindu nk tlg tururnkan props , rindu nk kne marah mcm dulu , rindu nk g perfomance, rindu nk bergambar bersama ... rindu semuanya mase kat teater .. kalau nk cite lebih takot x abes smpi esok ! ape yg aq nk ckp skrg I'M VERY PROUD OF YOU ALL AND THE STUDENTS OF CLUB THEATRE ADISWARA .. kite da lakukannye bersama dan org ramai bangga ngn kite ! AKU SAYANG KORANG ! AKU RINDU KORANG ! AKU X AKAN LUPAKAN KENANGAN DENGAN KORANG ! YOU ALL ARE THE BEST IN MY LIFE ! LOVE YOU GUYS ! MMMMUUUUAAAAHHH !
props
rahmat syafiq(john) syazani(max) popcorn marliana faisal meon sami rafi

costume
ain echa nina iqa jaja

dancers
ayie suhadi lydia solehin siti wawa azreen ismee iwan hillary aina

actress n actresses
intan sa atep tiq fami(smith) ejat kila najiha(hilary) najwa hillary ravi sargulan fara(sharpay) mam ismee irfan mira

Wednesday, July 13, 2011

im sorry im sorry im sorry ...

im sorry im sorry im sorry .. tu je la yg aq bole ckp kpd followers ku tersayang .. kpd followers yg aq x follow korg balik tu im soooo sorry ye .. bkn ape .. aq xdpt website korg .. lgpon korg x ltak name blog korg kt situ .. so aq masih mencari blog korg dan aq akn tros berusaha tok mencari oke ! jgn nanges ! nati aq follow korg pny ! dont be worry oke !

Tuesday, July 12, 2011

nama ..

kaLU cite pasal name ni mmg aq rase tergugat sket la .. bnyk sgt gelaran yg dorg bg kat aq ni .. first biasaqla family sume panggel aq syaira or ira .. then nek besaq sket ckg ngn kengkawan sume tukar panggel aq fara .. ok nevermind .. nek form 3 tukaq lg jd sharpay .. kali ni nek form 4 lg bnyk .. memule kamsiah , fishing n yang terbaru SARAH . ni yg plg pelik beb . mane jaoh lari ke SARAH pon aq x tau . ni NAZRI pny keje la ni dok menukar name aq mase g kursus kepimpinan 20-22.7 aritu ..

first2 aq da knlkn da name aq dlm group OOOO tu .. aq ckp name saye FARAH nursyahirah .. mlm tu dye g tny kat FAIZ name aq .. aq x tau same ade FAIZ salah ckp name aq atau dye trouble sket .. hehe jgn mara .. time nk tron tgge g bilik kuliah tu dye jln sblh aq then panggel SARAH .. SARAH .. weyh SARAH .. aq pon buat dek je la .. igtkn dye panggel org len .. tetibe dye ckp kt dak laki yg aq ni x layan org .. aq pon pandang dye then ckp 'sape SARAH ?? name aq FARAH la' .. tros kitorg pakt2 gelak kt dye ! haha ! apela korg ni .. tp dye bole still panggel aq SARAH lg tuh .. hehe ! lantak kaw la NAZRI .. ape2 name pon aq terime .. asal kaw x panggel aq name yg bkn2 ! hehe :DD

Monday, July 11, 2011

tv lama ..

kali ni aq nk cite pasal satu bende yg bersegi empat . ape tuh ?? tv la doe ! tv ni aq gerenti ade kat sume rumah x kesahla maseh berfungsi atau x asl namenye tv . aq nk cite tv lame kt umah atok aq ni .. aq x tau la mane asal usulnye benda yang macam almari ni .. tapi seingat aq aku la mase aq bukak mata mmg da ade tv ni dpn aq .. lupe lak nk tny atok mane dpt tv ni .. ntah dri lori terbalik dye g kutip ke .. mane kite nk tau kan ?? yg aq tau bende tu besar badak, ade gambar boleh gerak2, ade suare dan ade muke org dlmnye ..

tv ni cume ade kaler itam dan putih je . so kalo korg tgk cite 'warna warni hari raya' tu mmg x tau la apa warnanya .. apatah lagi kalo korg tgk siaran langsung pertunjukkan bunga api dari Dataran Merdeka .. bunga api tu satu warne je .. satu lg sifat tv ni kalo korg 'on' kne tggu 5 hgge 8 saat bru kuar gambarnye .. maklumla teknologi lame kan .. lambat sket nk function ..tp yg uniknye tv ni dye ade pintu . mcm almari mak (mak angkat yg kat johor jaye) ..

tonton tv ni ade kelebihan n keburukan .. kelebihannye mase ni la boleh nmpk muke sorg2 ahli keluarge .. kalu x ,brminggu la x jmp ye dak ?? yg x baiknyenk tgk tv mmg berebut . kalu remote da smpi kt adek aq mmg cartoon je la memanjang x daknye nk tgk cite 'org' .. lg satu hal an .. stesen tv ni time maghrib la dye g tayang cite best2 . doraemon la, sin chan la, inspector gadjet la, kluang man la n macam2 lg .. (wah teringat cite cartoon mase kecik) .. tv ni gak boleh mengakibatkan gadoh antare adik badek . ade yg nk tgk drama, cartoon, sukan .. tu x masok yg jenis suke tgk iklan lg tuh ..

tp lame2 aq blek umah atok tv ni pon da menghilangkan tv n atok aq g beli tv yg leper leper mcm lempeng tuh .. ia menghilang dgn penuh misteri .. wateva pon aq nk ucap thnx la pd tv tuh sbb da knlkn aq pd dunie luar .. hehe ..

p/s:tv, tv jgk . jgn lpe pd buku .. ingat tv tu boleh masok pekse ke ?? (pesan mak kpd anaknye )

Saturday, July 9, 2011

ujian Allah ..

entry ni aq dpt dri FB .. sje je nk pnohkn entry tok bulan ni ! hehe ! so renung2kan dan selamat beramal ..

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar
dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah.
Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila
ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui
orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja
hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang
mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka
pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya
untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil
hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya
melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar,
redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba
yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan
Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.
Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang
yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan
kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan
noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai
orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa
itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke
atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada
di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh
sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat.
Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan
redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita
tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh
dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah
Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum
kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda
lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya
kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila
kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya,
kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian
kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi
orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita
akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah,
maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita
bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit.
Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan
membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit,
hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi
nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang
yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah
kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan
tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa
beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan
datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan
sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.
Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada
Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan
semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah
Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada
hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara
kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita
mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa
mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita
kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya
dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali
dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk
meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu
ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah
berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima
dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda
dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk
menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda.
Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka
tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya;
tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang
awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan
Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada
kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi
hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji
kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah
kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar
mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar
disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang
yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang
cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang
tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia
berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.
Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas.
Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum,
tidak ada jaminan yang dia
tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah
itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih.
Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian
demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang
mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan
menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan
terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur
kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?