Friday, December 30, 2011

Family travels

22 disember hingga 26 disember aku ngn family g holidays ke KL,N9,kedah n penang. KL AKU DATANG (!) G holidays pun sebab nak hantar kakak balik Poli. kat Kedah. Kalau la dia balik sendiri naik bas, alamat memang x berjalanlah aku ni kan. first day 22 malam n 23 siang kat nilai dulu. Umah Mak Long. Kat sana aku duk umah je sebab tak tau nak g mane. kat umah Mak Long aku melantak aje la. Yela. Masakan Mak Long aku sedap. lagi-lagi dapat makan ikan keli salai dengan ayam salai masak lemak cili padi. Bak kata Awal Ashari memang FUHHH ! Memang takdenye aku nak keluar la kan? Lepas makan kitorg bertolak g Kajang. Umah Mak Lang @ Mama. Dalam perjalanan tu kakak drive n ayah ajak lalu kat kawasan F1 dengan KLIA Airport nak tengok kapal terbang. Tu memang aktiviti wajib kitorang kalau da sampai kat Nilai ni. Yela ayah dah tau anak dia yang sorang ni memang nak sangat jadi PILOT (!). Lagi-lagi Pak Long aku ni keje kat airport bahagian kargo. Bila dah nak sampi KLIA Airport tu kebetulan lalu dekat KLIA college then ayah kate "nanti ayah nak syaira masuk sini". kuang kuang kuang. Semangat ku da kembali. la da da(!) hehe.

Dalam petang macam tu da sampi kat umah Mak Lang @ mama. Sampai-sampai je dah terhidang lauk nasi paprik kat atas meja. berbekalkan perut ku yang lapar terus aku amek pinggan then makan dengan penuh kesopanan. HAHA ! macam tak je kan? Malam pulak Mak Lang @ mama ajak g Damansara makan western food kat Ayob Cafe. Macam biasa la aku akn order Lamb Chop dengan Ice Lemon Tea. 24 ari bulan pula kitorg g Jalan Tar. Buat ape lagi. Shopping saje la. Shopping sane sini then g Jalan Kenanga. Shopping gak. Dalam malam gitu aku g umah pakcik aku. Cik Bakri dan Cik Ein. Jumpa si keriting Sara yang jalan terkedek-kedek ni. Da nama pon baru 2 tahun kan? So, bermalam kat umah diorang. Malam tu aku naik giler melayan si budak keriting ni. kejap2 main lukis2, kejap2 lari2, lepas tu main piano pulak. Bila soh tdo bole plak die cakap tak nak Ptdo. last2 aku gunakan taktik yg plg berkesan baru la dia nak tdo.Penat kau nak soh die tdo ni.

25 Disember kami bergerak ke Pinang dan Kedah untuk menghantar Cik Rara kita ni balik ke Poli. beliau di Kedah. Kami ke Pinang just jalan-jalan kat queensbay (betul x ejaaj ni?) dan pegi beli jeruk kat Pasar Jeruk (entah betul ke tidak ni). Disebabkan dah lama tak datang Pinang ni, jalan ke Pinang Road pun dah lupa. So, terpaksa la on GPS dan tanya orang

26 Disember yeah. JB AKU BALIK (!) Sebelum balik JB singgah umah Mak Long lagi satu kat N9 daerah mana entah dah lupa. Sampai-sampai je kami dah dihidangkan dengan makanan kampung dimana ada ayam masak ungkep, sayur-sayuran dan ikan keli. sayur dan ikan keli tuh aku pasti Mak Long masak ape. Da ade kat atas meja aku sebat aje la. Lepas makan ikut Mak Long g kebun. Time kat kebun tiba-tiba pulak hujan. So, terpaksa la balik. Kami balik JB dalam kol 4.3o dan sampai JB dalam kol 10 lebih kot tak ingat la. tambah dengan jam. Kami dari Kedah pukul 7.oo pagi. Korang bayangkan berapa lama kami berada dalam kereta bapaku. duk kat umah Mak Long bukan lama sangat pun. Tak sampai 3-4 jam pun. Oke. Sampai sini je untuk hari ni. Sori gambar takde sebab kita rasa gambar yang diambil tiada kena mengena dengan percutian. hee. tata..


#when you travel, you will see beautiful scenery that can't be able in your place. I know because I have been feeling it. So you need to appreciate your holiday and don't damage it.

No comments:

Post a Comment