Friday, December 31, 2010

Ijazah atau Ilmu?

Ni yang pening sikit nak menjawab. Bila korang nak msuk sekolah then kena temuduga atau dalam bahasa inggerisnya interview. Ade pulak cikgu tu tanya kau nak ilmu ke nak ijazah? Kena pilih satu je ni. Mao berjanggut jugakla memikirkan jawapan tok menjawab. Tapi bagi aku tak susah kalau pandai berimaginasi. Encik Albert Einstein kata "imagination is more important than knowledge".

Macam ni. Kalau la korang dok sibuk mengejar ijazah daripada
mengejar ilmu memang dah sah sah la korang rugi. Sebab, kalau korang pilih ijazah daripada ilmu, korang tak akan dapat ijazah sebab tiada ilmu. Faham tak? Makna yang terungkai ialah apabila nak dapatkan ijazah mesti ada ilmu. Kalau tiada ilmu macam mana korang nak dapat ijazah? FAHAM tak? Mesti faham punya kan? If korang dapat ijazah pon, korang tak kan dapat kerja sebab dah sah sah korang tiada ilmu.

Second.(Bila masa ade first tadi?)
Kalau korang ada ilmu tapi tiada ijazah, ilmu tu korang boleh manfa
atkan sebaik mungkin. Tiadalah kena tipu ke apa. At least ilmu tu bleh berkekalan sepanjang hayat. tapi kalau ijazah mungkin hanya untuk mencari kerja je. So, korang fikirkan dari sekarang. Nak ijazah ke nak ilmu. Renung-renungkan dan selamat beramah.

Cinta atau Khayalan Manusia?

Cinta sejati
Pastikah dapat dikecapi?
Atau ini hanya mimpi
Yang tidak pasti

Hanya bualan semata-mata
Tidak kira masa
Semuanya sama
Kata orang sahaja

Jangan ditanya kenapa bahagia
Jangan ditanya kenapa gembira
Jangan ditanya kenapa berduka
Janga ditanya kenapa cinta

Semuanya dusta
Palsu semata-mata
Mahu menarik perhatian sahaja
Tapi habuk pun tiada

Manusia terlalu taksub
Dengan cinta manusia
Bukankah membawa kecewa?
Lebih baik
Mencintai ALLAH yang MAHA ESA

Wednesday, December 29, 2010

WE ARE THE CHAMPION!

Yey! Setelah berjuang bermati-matian akhirnya MALAYSIA dapat menjulang PIALA AFF! Mengalahkan INDONESIA dengan 4-2 berpihak pada MALAYSIA. Wah serius intro ni. wiwink!

Safee dari MALAYSIA mendapat anugerah PENJARING GOL TERBANYAK. Nasuha dari INDONESIA mendapat anugerah PEMAIN BERNILAI. Bagi aku Khairul Fahmi boleh dapat anigerah PENJAGA GOL TERBAIK. Tengok dari segi penjagaan beliau pun kita dah boleh berasa selamat apabila pemain INDONESIA tidak dapat menjaringkan gol sebanyak beberapa kali kerana dihalang oleh Khairul Fahmi.

Sebaik sahaja MALAYSIA dinobatkan sebagai JOHAN PIALA AFF lagu WE ARE THE CHAMPION terus dimainkan. Nampaknya K.Raja Gopal telah berjaya mendidik mereka sehingga mereka telah berjaya membawa pulang PINGAT KEJAYAAN buat semua WARGA MALAYSIA dan menjadikan WARGA MALAYSIA BANGGA DENGAN KEJAYAAN YANG TELAH MEREKA CAPAI.

p/s:SAYA SAYANG MALAYSIA! SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA! MALAYSIA BOLEH! (10.49 p.m.)





Saturday, December 25, 2010

hang out!

Hang out ngan kengkawan dak sekolah agama. BEST! Cari barang sekolah mereka sekali. Tak lupa juga ada orang merajuk. Haha. Kelakar pula rase. Tapi kami biarkan saje. Malas deh. Huhu. Yang Ada nak beli baju ngan tudung kat tc tp tudung tiada saiz. So tak jadi beli. Bila pergi Giant pula baju dan tudung pula tiada saiz. alamatnya langsung tak beli pakaian sekolah.

Azeana ngan Maton pergi tengok wayang. Tapi kami tak tengok. Malas. Bukan tiada duit ok! Kami jalan-jalan saja. Bila sampai Giant, Azeana minat kat ABG MCDONALD. Handsome, putih,cumil. Tapi Azeana bukan nak minta no phone. apela. hehe.

p/s:best hang out ngan korang!

Thursday, December 23, 2010

::MERDEKA::

Habis periksa sekolah agama darjah khas. Best. Lepas ni tak payah bangun pagi-pagi buta pergi sekolah hari sabtu. Tak payah nak mengadap kitab yang tebal-tebal tu. Tapi sebenarnya tak tebal sangat pon. Tak payah nak baca kitab lagi. Dan tak jumpa rakan sekolah agama lagi.

Masa dalam dewan periksa tu ustazah Asiah, (yang jaga dewan peperiksaan) dia boleh bagi jawapan kat kitorang. habis kecoh la satu dewan. tapi yang buat aku geram, budak laki pulak lebih-lebih. Ustazah bagi sikit-sikit tu cukup la. Ni tidak, kalau boleh satu paper tu diorang nak jawapan dari Usatazah Asiah. Kalaulah aku ni jahat, aku da lempar BOM da same mereka.Yala, mana boley cam gitu. Tak adil namanye. Ape-ape pon peperiksaan berjalan dengan lancar dan tamat dengan selamat....


p/s:da dapat RESULT PMR. Lepas ni tunggu RESULT SDKA pulak le jawabnya. Tunggu......................

::RESULT PMR::

Kalau cakap pasal result PMR mesti suma ada respon masing2. Ade yang happy, ade yang sedih, ada yang marah n ada yang tak puasa hati. Bagi aq, aq da cukup bersyukur dan berpuas hati la bila da dapat result ni coz kita da buat yang terbaik kan? So, kita akan dapat apa yang kita da buat.

Masa dalam perjalanan nak g sekolah amik result tu mmg da berdebar debar da. Dalam kereta aku cuma memandang jalan raya je. Bila ibu tanya something jawab. Lepas tu diam. Dalam hati tu da cakap "semoga keputusan PMR aku cemerlang". Bila sampai je sekolah, aku jalan melulu je ke depan. Parents aku tertinggal kat belakang. Yela da excited nak amek result ni. Bila da depan Cikgu Gee tu beliau melemparkan senyuman yang cukup manis. Tak tau hati aku da berdebar-debar ni. Bila dapat result aku rasa terkejut gak la. 3A 5B. terkejut coz math yang selama ni aq dapat D, E, D, E alih-alih boley dapat B. Dah la math kertas 1 aku x siapkan n aku main hentam ja. Da keluar dewan peperiksaan, bila kitorg bincang pasal math kertas 1 dipercayai bahawa jawapan yang telah aku jawab banyak salah. (ade ke patut kitorg bincang balik??) Wah! Pelik ni. ERT yang aku rasa paling susah nk jawab time PMR tu aku boley skor A. Tapi ape2 pon aku bersyukurla. Ibu aku kate kalau yang B tu buat betol-betol da boley dapat A. Aku hanya tersenyum. :)

p/s:kesenangan pasti datang bila kita da berusaha. Dan ALHAMDULILLAH. Aku rasa aku da mengecapinya.

Thursday, December 16, 2010

::kenapa aku suka dengan JEPUN::

Ada member aq tanya. Kenapa aq ni suka dengan Jepun? So aq pon jawab.. Sebab Jepun ni unik.

Kalau korang ingat la. Pembelajaran tingkatan tiga subjek SEJARAH BAB SATU! PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA. Aku tak dak la kata bagus Jepun takluk negara kita, tapi cuba korang tengok. Semasa pemerintahan tentera Jepun ialah keperitan hidup menjadikan penduduk negara kita lebih kreatif. Banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan telah muncul.

Antaranya termasuklah kasut getah daripada getah keping dan kain daripada benang daun nanas. Benda lain pula seperti bahan api lori dan kereta dari kuasa wap, bahan api(petroleum) daripada susu getah, tayar tanpa tiub daripada getah padat, tali kapal daripada sabut kelapa dan kertas daripada buluh, daun getah dan lalang.

Bila difikirkan balik, kalau kita guna cara macam ni secara berterusan tiadalah pembalakkan haram, petroleum tidak mudah habis dan tidak mencemarkan alam sekitar. kita just pakai bahan tempatan je. Kalau dulu negara kita nak moden. Orang kata kita tak payah pergi jauh. Kita boleh ikut contoh negara Jepun. Dia da maju 10 tahun dari kita bila kita lihat barang ciptaan mereka. Kartun diorang pon kalau kita tonton cerita DORAEMON, kita rasa bagaikan kita berada di 20 tahun akan datang.

p/s:aku rasa kalau kita nak maju kita kena tengok orang yang lebih maju dari kita. Ikut contoh mereka dan mempelbagaikan kreativiti kita. itu just pandangan aku jela. kalau korang? Aku tak tahu pulak!

minggu depan.

Minggu depan adalaa hari yang paling busy untuk bulan Disember ini. Why? Because..

20-23:peperiksaan SDKA skolah agama.
23:result PMR keluar.

Yang susahnya result PMR keluar sama tarikh dengan last exam SDKA. Apa yang harus aku buat? Takkan nk berkejar sana sini kot. Hmm? Idea yang baik jugak kan? After exam terus lari g skolah menengah lak. Tapi yang musykilnye bila time exam abes uh skola bukak lagi ker? Aku x peduli! Aku nak amek result 23 ari bulan gak! haha!

p/s:berdebar-debar nk amek result ni. MUDAH-MUDAHAN KEPUTUSAN PMR FARAH NURSYAHIRAH BINTI MOHAMAD DAHLAN ADALAH YANG TERBAIK DAN CEMERLANG... AMIN...

Wednesday, December 15, 2010

23122010


(keratan akhbar)

ramai yang nak tau bila tarikh keluarnya result PMR pada tahun 2010. di sini sana menyatakan bahawa tarikh keluar result PMR pada tahun 2010 adalah pada 23 DISEMBER 2010 iaitu pada hari KHAMIS.

Tuesday, December 14, 2010

aku bukan anak CINA!!!!!!

ni yang jdkn aq ni terlalu perasan.(haha). Tak pasal2 ade yang kate aq ni CINA? Nak dijadikan cite ade satu mase uh aq g bustop.(wah bustop malaysia ade salji.huhu)

tgh boring tggu member aq yang lambat, aq maen enset. tup tup de dak laki datang dengan phone ditangan datang. aq wat dunno ja. dalam 5 minit pas uh de makcik cina datang pulak. aq lg la wat dunno. tanpa segan silu dia cakap bahasa cina dpan aq. aq pon wat x taw je la. dalam ati aq maybe dye cakap ngan laki tu kot. bile aq tengok laki tu pulak, laki ley wat slamber cam xd pape yg berlaku. aq pandang makcik cina tu. dia cakap lagi bahasa cina seolah2 mengajukan soalan kepada aku. ape lg aq pon slamber je ckp kt makcik tu. "saya bukan orang cina".
muka makcik tu ade la ala2 cover malu dan agak bengang disitu. aq hanya dapat melemparkan senyuman yang manis sahaja. bila member aq sampai aq cite la kat dye pasal td. dgn x berhati perut dye boley cakap. "tu la lain kali keluar pakai tudung!" cilake.!

::tentang aku::


Farah Nursyahirah binti Mohamad Dahlan

5teen years old

remaja okies!

single single single!

smkpj3
(prefect okeys)

95112901####

sagitarius

AB positive!

jb is my hometown

akasaka is my town
(haha)

:)