Thursday, December 16, 2010

::kenapa aku suka dengan JEPUN::

Ada member aq tanya. Kenapa aq ni suka dengan Jepun? So aq pon jawab.. Sebab Jepun ni unik.

Kalau korang ingat la. Pembelajaran tingkatan tiga subjek SEJARAH BAB SATU! PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA. Aku tak dak la kata bagus Jepun takluk negara kita, tapi cuba korang tengok. Semasa pemerintahan tentera Jepun ialah keperitan hidup menjadikan penduduk negara kita lebih kreatif. Banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan telah muncul.

Antaranya termasuklah kasut getah daripada getah keping dan kain daripada benang daun nanas. Benda lain pula seperti bahan api lori dan kereta dari kuasa wap, bahan api(petroleum) daripada susu getah, tayar tanpa tiub daripada getah padat, tali kapal daripada sabut kelapa dan kertas daripada buluh, daun getah dan lalang.

Bila difikirkan balik, kalau kita guna cara macam ni secara berterusan tiadalah pembalakkan haram, petroleum tidak mudah habis dan tidak mencemarkan alam sekitar. kita just pakai bahan tempatan je. Kalau dulu negara kita nak moden. Orang kata kita tak payah pergi jauh. Kita boleh ikut contoh negara Jepun. Dia da maju 10 tahun dari kita bila kita lihat barang ciptaan mereka. Kartun diorang pon kalau kita tonton cerita DORAEMON, kita rasa bagaikan kita berada di 20 tahun akan datang.

p/s:aku rasa kalau kita nak maju kita kena tengok orang yang lebih maju dari kita. Ikut contoh mereka dan mempelbagaikan kreativiti kita. itu just pandangan aku jela. kalau korang? Aku tak tahu pulak!

No comments:

Post a Comment