Saturday, March 17, 2012

Teluk Gorek & Chalet

Aku sedar ade orang update citer pasal kem kepimpinan. Oke aku jeles. Aku nak citer gak ! Hehe. Baru-II ni aku serta rakan-II ku pergi ke Teluk Gorek kat Mersing untuk XPDC kepimpinan SMKPJ3. Cube cari mane aku. Kalau dapat aku bagi hang RM100. Dah dah. Tak yah hang dok carik. Memang takde. Sebab aku jd photographer. Ni nak cerita. First day sampai je da kena berendam dalam air. Waktu senja plak tu. Untuk water confident katenya. Second day lak daki gunung !! Sebelum daki gunung cikgu bg kitirg mancis ngn tepung. Tu kirenye nyawa kitorang. Kitorang kena jaga. Oke back to the story, aku ade asma tapi aku x peduli.. Aku nak daki gunung jugak. Lepas daki gunung, kitorang turun kat tepi laut. Kat tepi laut tu kitorang kena hidupkan api tanpa gunakan kotak mancis. Bile da x boleh hidupkan, ckgu bg kotak mancis plak tp still x hidup. Nak idup mcm mana, dahla tepi laut, angin bukan main kuat. Tp ade kumpulan yg berjaya idupkan api. So, kitorang satu kumpulan pun kena denda. Malam tu kitorang buat malam kebudayaan. Kami Juara !!! Tapi x dinobatkan pun.

Third day, kitorang g berendam kat laut, berkayak, main bola tampar. Last day kitorang la katekan. Sebenarnya banyak lg aktiviti tp malas r nak cerita. Tapi compare tahun ni ngn tahun lepas pny, tahun ni lg best. Sebab ape? eh, malasla nak cerita. Aku ade capture gambar, korang layan je la.
(last day kat kem. Lambaian pulang)
(with fasi jemputan. Ali and Akim)
(muka ketat bangun tdo)
(dari kiri, Cikgu Azfahani,anak Cikgu Azfahani, Cikgu Asyikin)
(after taklimat, sebelum daki gunung. With Cikgu Disiplan, Cikgu Salahudin)
(kami dinobatkan kumpulan paling berkejasama. Capture with Akim n our Sifu Cikgu Azmi)
(another capture)
(dalam perjalanan daki gunung. Lalui perkampungan)
(tepi sungai, tepi gunung. Sebelum daki)
(Berehat jap kat atas gunung)
(para fasi dan pengurus Teluk Gorek)
(Akim. Mantan ketua pengawas. Rakan sekerja 2011)

(Anep with his brother kat puncak gunung. Ketua pengawas with mantan ketua pengawas.)

Tuesday, March 13, 2012

.. saya tau saya malu ..

Untuk tahun peperiksaan penting ni aku ade amek kelas tambahan. So far oke la. Bio yang aku x penah suke alih2 aku bole suke plak. Suke dengan cara cikgu tu ajar. Cikgu tu perempuan oke ! So, korang jangan nak fikir macam2.

Bab malu ni bermula apabila aku masuk kelas Teacher Brintha. Seperti yang korang semua tak tahu, aku dulu pakai jam g-SHOCK warne itam ijau yang mak aku belikan mase kat KL. So, satu ari mamat ni pun pakai jam tu. Aku jenis x suke kalau dalam satu tempat ade orang yang pakai something yang sama ngan aku. So, aku tetibe jd macam orang sakai. Ape lagi aku pun sorok la jam aku tu. Tp sekarang akuaku da x pakai jam g-SHOCK tu sebab da rosak masuk air sejak aku g Teluk Gorek. Then aku perasan mamat tu pun da x pakai jam tu. Mase Ahad lepas pada pukul 6 petang (atau lebih) bertempat di tempat tuisyen, aku nak balik. Mamat tu jalan belakang aku. Pintu tempat tuisyen aku ni auto. So, aku tarik pintu tu x boleh. Tarik lagi pun x boleh. aku ingatkan cikgu x tekan suis. Aku pandang belakang cikgu pun takde. Tak alih-alih mamat tu cakap something kat aku. Nak tau die cakap ape? "awak, tolak." Dengan muka dah merah, aku pun pandang belakang "oh ! oke," Die pun senyum je pandang aku. Time aku nak tolak pintu tu aku ade perasan perkataan 'TOLAK' kat bahagian tengah pintu. Aku terus senyum n bile aku pandang die, die still senyum macam nak tahan ketawa. Tak guna betul. Macam mana aku boleh x perasan ayat 'TOLAK' tu? oke. Mulai hari ni aku tekad x nak jd orang pertama yang keluar dri pusat tusyen tu lagi !

Saturday, March 10, 2012

Holidays again !

Holiday lagi ! Macam x penah holiday je kan? Tapi holiday kali ni special sket. Sebab takde homework meyh ! So, saye boleh tido lambat dan bangun x berapa lambat. :D:D: So, from this week,

no more homework
n moreo teacher
no more assembly
no more prefect
no more uniform
no more students
no more school bus
no more waking at 5 am
no more clases.
we can sleep as long as we wanna do !

Friday, March 9, 2012

... muhasabah diri

Bile cakap pasal SPM je org da takut an. Yela. Orang kata tu titik ke dua dalam merangka masa depan lepas PMR. Tahun ni pun aku nak amek SPM da. PMR aku pun takde la hebat mane pun kan? Adela terselit-selit A kat result tu. Macam mane boleh dapat pon aku x tau.

Aku pergi kelas tambahan luar. Ade sorang cikgu ni kate kalau sorang budak leh dapat straight A dalam PMR ni die x kisah sangat. Sebabnye sama ade dia bertuah atau dia belajar last minute macam aku. Tapi aku x de la dapat straight A.

Kalau ade budak dapat straight A dalam SPM x mungkin sebab lucky atau blajar last minute. Budak tu mesti belajar sungguh2 dari form 4. Yela. SPM ni susah bai ! Tahap paling tinggi dalam sistem persekolahan. Unless STPM la. xkan senang2 je boleh dapat straight A.

Bile aku pikir balik ape yang cikgu aku cakap, aku selami balik diri aku dari mula. Mase PMR pun aku rase cuma luck aku je kut atau sebab aku study last minute. Mane taknya. Math Form 3 yang x penah lulus alih2 boleh plak B. Tabiat aku ni suka study last minute. Biasanya nak dekat exam penting macam akhir tahun ke baru aku study blik satu buku. Otak aku ni slow sikit. Susah nak paham ape yang cikgu ajar. Kadang2 cikgu aku pun naik baran ngan aku sebab susah nak faham. Sampai atuk aku belikan satu botol kismis kasi aku makan.

Kalau nak ingat balik, mase Form 4 aku banyak main. Cikgu ajar aku berangan. Aku anggap Form 4 honeymoon year after PMR. Sistem pembelajaran aku tinggal gitu je. Tapi sekarang bile aku remind balek perangai aku, aku hampir nak nangis. Kadang2 aku tanya pada diri aku. Ade ke peluang untuk aku berjaya? Macam mana dengan harapan mummy daddy aku? Macam mana dengan masa depan aku? Macam mane dengan cita2 aku?

Cita2? Sebenarnya aku nak jadi PILOT. Tapi sejak rabun, aku tau aku dah tak de peluang nak kejar cita2 aku yang satu tu. serius aku jarang pikir cita2 lain. Aku hanya pikir kapal terbang, awan, juruterbang. Dalam laptop aku pun ade la dalam satu album berkaitan dengan PILOT. Patutnya ade dua tapi satu dah hilang. So, korang jgnla jd mcm aku. Kita kena berubah dan aku pun nak berubah. Aku ingatkan orang seolah-olah aku ingatkan diri aku sendiri. Sama-sama la kite pikir ye,,,