Friday, December 30, 2011

Family travels

22 disember hingga 26 disember aku ngn family g holidays ke KL,N9,kedah n penang. KL AKU DATANG (!) G holidays pun sebab nak hantar kakak balik Poli. kat Kedah. Kalau la dia balik sendiri naik bas, alamat memang x berjalanlah aku ni kan. first day 22 malam n 23 siang kat nilai dulu. Umah Mak Long. Kat sana aku duk umah je sebab tak tau nak g mane. kat umah Mak Long aku melantak aje la. Yela. Masakan Mak Long aku sedap. lagi-lagi dapat makan ikan keli salai dengan ayam salai masak lemak cili padi. Bak kata Awal Ashari memang FUHHH ! Memang takdenye aku nak keluar la kan? Lepas makan kitorg bertolak g Kajang. Umah Mak Lang @ Mama. Dalam perjalanan tu kakak drive n ayah ajak lalu kat kawasan F1 dengan KLIA Airport nak tengok kapal terbang. Tu memang aktiviti wajib kitorang kalau da sampai kat Nilai ni. Yela ayah dah tau anak dia yang sorang ni memang nak sangat jadi PILOT (!). Lagi-lagi Pak Long aku ni keje kat airport bahagian kargo. Bila dah nak sampi KLIA Airport tu kebetulan lalu dekat KLIA college then ayah kate "nanti ayah nak syaira masuk sini". kuang kuang kuang. Semangat ku da kembali. la da da(!) hehe.

Dalam petang macam tu da sampi kat umah Mak Lang @ mama. Sampai-sampai je dah terhidang lauk nasi paprik kat atas meja. berbekalkan perut ku yang lapar terus aku amek pinggan then makan dengan penuh kesopanan. HAHA ! macam tak je kan? Malam pulak Mak Lang @ mama ajak g Damansara makan western food kat Ayob Cafe. Macam biasa la aku akn order Lamb Chop dengan Ice Lemon Tea. 24 ari bulan pula kitorg g Jalan Tar. Buat ape lagi. Shopping saje la. Shopping sane sini then g Jalan Kenanga. Shopping gak. Dalam malam gitu aku g umah pakcik aku. Cik Bakri dan Cik Ein. Jumpa si keriting Sara yang jalan terkedek-kedek ni. Da nama pon baru 2 tahun kan? So, bermalam kat umah diorang. Malam tu aku naik giler melayan si budak keriting ni. kejap2 main lukis2, kejap2 lari2, lepas tu main piano pulak. Bila soh tdo bole plak die cakap tak nak Ptdo. last2 aku gunakan taktik yg plg berkesan baru la dia nak tdo.Penat kau nak soh die tdo ni.

25 Disember kami bergerak ke Pinang dan Kedah untuk menghantar Cik Rara kita ni balik ke Poli. beliau di Kedah. Kami ke Pinang just jalan-jalan kat queensbay (betul x ejaaj ni?) dan pegi beli jeruk kat Pasar Jeruk (entah betul ke tidak ni). Disebabkan dah lama tak datang Pinang ni, jalan ke Pinang Road pun dah lupa. So, terpaksa la on GPS dan tanya orang

26 Disember yeah. JB AKU BALIK (!) Sebelum balik JB singgah umah Mak Long lagi satu kat N9 daerah mana entah dah lupa. Sampai-sampai je kami dah dihidangkan dengan makanan kampung dimana ada ayam masak ungkep, sayur-sayuran dan ikan keli. sayur dan ikan keli tuh aku pasti Mak Long masak ape. Da ade kat atas meja aku sebat aje la. Lepas makan ikut Mak Long g kebun. Time kat kebun tiba-tiba pulak hujan. So, terpaksa la balik. Kami balik JB dalam kol 4.3o dan sampai JB dalam kol 10 lebih kot tak ingat la. tambah dengan jam. Kami dari Kedah pukul 7.oo pagi. Korang bayangkan berapa lama kami berada dalam kereta bapaku. duk kat umah Mak Long bukan lama sangat pun. Tak sampai 3-4 jam pun. Oke. Sampai sini je untuk hari ni. Sori gambar takde sebab kita rasa gambar yang diambil tiada kena mengena dengan percutian. hee. tata..


#when you travel, you will see beautiful scenery that can't be able in your place. I know because I have been feeling it. So you need to appreciate your holiday and don't damage it.

Do i'm spm candidates

Macam x caya je tahun depan. Opss ! tahun depan? 1 hari lagi je la aku nak naik ke TINGKATAN 5 ni. yela. hari ni kan 30 Disember. Da ade kat Tingkatan 5 ni mesti la cuak sikit kan. Yela kita kan nak SPM da. Kalau tahun lepas kita da melalui PMR. Peperiksaan yang menentukan hala tuju kita tapi SPM adalah peperiksaan yang menentukan masa depan kita. So from now on kita dah x on fb dan BLOG lagi macam selalu. Awal-awal lagi ibu da warning nak tarik LAPTOP ngan BROADBAND ni and she says "you gonna face your SPM soon so no more FB" kiranya dalam 4 Januari nanti laptop dengan broadband ni da siap2 ade kat tangan ibu. So kita nak ucapkan terima kasih kepada sang FOLLOWERS walaupun x ramai (HEHE), kepada pembaca (walaupun kita tau takde sape yang baca blog kite) dan saya ucapkan kepada sesiapa yang ambil SPM tahun 2012 ni akan berjaya. wish me luck too.

#if I have a pearl that I found with my whim tired and excellent examination results, I will give my exam results first because I want my parents proud of my examination results, not by my tiredness.

Thursday, December 22, 2011

Sick Again

Syaira sakit lagi. Ye. Sememangnya anti-body syaira sgt lemah oke. Bibir syaira pecah-pecah. Lidah syaira bengkak. Lelangit syaira luka then tekak syaira sakit. Sakit giler tak boleh nak tahan. lagi-lagi 23 disember ni syaira n family nak g KL, KEDAH dan PINANG. Sebenarnya faktor syaira sakit-sakit adalah sebab faktor kepanasan dan selesema. 2-3 hari ni syaira n siblings tido kat ruang tamu sebab dalam bilik panas sangat. Kat ruang tamu pun bukannya sejuk sangat tapi so so la. Malas la nak taip banyak-banyak. 23 disember ni syaira nak g holiday so nanti syaira masukkan gambar oke..

#jaga kesihatan korang semua!

Sunday, December 18, 2011

Harapan Tinggal Kenangan

Seminggu lepas kakak aku balik dari Kedah . Cuti sem . So, aku, Puan Ibu dan Cik Kakak g sarapan kat luar. Tetiba je Puan Ibu tanya nanti aku nak jadi apa sebab Puan Ibu x penah tau apa cita2 aku sebab cita2 aku selalu berubah. Yelah budak annoying kan. Memanglah tak tau nak jadi apa lagi. Tapi suatu hari aku da decide aku nak jadi PILOT. So, aku cakap kat Puan Ibu yang aku nak jadi PILOT.

Puan Ibu TAK KASI (!)

harapan aku hanya tinggal kenangan ...

Friday, December 2, 2011

assignment

oh again. Baru form 4 tapi keje skola nya da mengalahkan budak form 5. jeles jeles jeles sebab member2 aku yang skola lain takde keje umah pon alih2 aku kene siapkan 2 assignment penting dalam masa 1 bulan lebih. so cutiku banyak dihabiskan dengan assignment yang bertimbun.

oh assignment. bila la kau nak siap ekk? kenapa la susah sgt tajuk yang aku dapat ni? kenapa aku dapat sampai 2 assignment padahal member aku dapat 1 assignment je

assignment oh assignment. semoga kau dapat markah penuh la ye setelah banyak kertas yang aku habiskan dan yang telah aku jahanamkan semata-mata nak buat assignment yg terbaik.

assignment oh assignment cepatla siap ye sebab hujung bulan ni aku nak g melancong. kalau kau lambat siap macam mana nak bersuka ria?

assignment oh assignment.
assignment la sangat ! SATU BENDA PON X BUAT LAGI MAHU BANYAK SONGEH PULAK! AKU SEKEH KARANG!!!