Saturday, July 9, 2011

ujian Allah ..

entry ni aq dpt dri FB .. sje je nk pnohkn entry tok bulan ni ! hehe ! so renung2kan dan selamat beramal ..

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar
dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah.
Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila
ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui
orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja
hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang
mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka
pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya
untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil
hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya
melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar,
redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba
yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan
Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.
Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang
yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan
kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan
noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai
orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa
itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke
atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada
di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh
sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat.
Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan
redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita
tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh
dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah
Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum
kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda
lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya
kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila
kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya,
kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian
kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi
orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita
akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah,
maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita
bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit.
Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan
membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit,
hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi
nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang
yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah
kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan
tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa
beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan
datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan
sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya.
Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada
Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan
semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah
Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada
hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara
kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita
mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa
mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita
kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya
dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali
dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk
meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu
ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah
berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima
dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda
dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk
menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda.
Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:

�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka
tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya;
tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang
awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan
Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada
kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi
hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji
kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah
kenapa kita diuji….

Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar
mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar
disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang
yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang
cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang
tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia
berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.
Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas.
Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum,
tidak ada jaminan yang dia
tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah
itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih.
Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian
demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang
mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan
menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan
terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur
kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

No comments:

Post a Comment