Thursday, May 1, 2014

its been A YEAR !!!!

wow ! wow ! wow ! blog ni macam telah dilupakan . setahun lebih aku tak on . HAHA . busy ler . oke skrg pon da tahun baru. so azam baru, tempat baru, orang baru (means kawan baru) dan nak masuk semester baru dah pun . banyak kenangan yang telah dilalui masa semester 1 ni . gempak giler kot . tapi yang pasti kitorg memang banyak sangat jalan . sampai pergi Air Terjun Gunung Ledang kot . Whooaaaa !!!!! cakap banyak tak guna . just enjoy the picture ~~




































all the memories with buddyz !! love to beyond and infinity !!

Tuesday, January 8, 2013

UPU ohh CGPA

Tadi pergi isi borang permohonan masuk ke IPTA atau POLITEKNIK . InsyaAllah kalau ade rezeki . Anyway , geram betul . tetibe die minta CGPA kite plak . Cikgu pon tak penah tau yang kena amik CGPA . Aduh , ni confirm kena ulang-alik sekolah ni . Tahu tak sekolah tu jauh . Ohh , tak sanggup kawe ..

CGPA tu plak tak boleh nak skip kan . Ohh , nasib badan . Malas la kite nak berjalan jauh semata nak amik CGPA je . huh --"

oh ! ni nak cerita perihal menyakitkan hati time nak beli no. pin UPU ni . kite g kat BSN dedap . Dahla masuk sorang-sorang . Ayah tunggu dalam keta . Time amik no giliran kite dapat no 1073 tapi time tu baru no 1043 . huh . punya penant tau tunggu . Ayah siap g minum-minum n servis keta lagi tapi kita tak siap-siap lagi .

Bila dah sampai turn kita tu rase lega la . tetibe die kate lineinternet pulak takde . oke time tu dah bengang . Dah la kita tunggu berejam , tetibe bole tade line plak . esoknya kawan tolong belikan no .pin uh . Nasib baik ade kau kan .. ;)

Tuesday, January 1, 2013

Menangis Di Hati

Dah ! Stop and enough ! Aku dah tak nak lalui semua ni lagi . Aku rasa macam sia-sia . Kenapa benda ni jadi pada aku ketika aku nak lalui hari-hari terpenting dalam hidup aku . Apa akan jadi pada masa depan aku nanti ? Tanggapan orang pada aku ? Family aku ? Aku tak nak semua ni berlaku . But , its all done ! Aku tak boleh nak undur masa untuk aku perbetulkan semua ni . 


Semua dah berlaku . Jadikan ia satu pengajaran . Aku takkan ulangi semua tu lagi demi ibu dan ayah . Studies is important in our life .

result keluar , aku takkan fikir benda lain selain sambung belajar , get higher mark , further study to degree, then master and make my mom and dad proud of me !

p/s: ya Allah ! jadikan tahun 1434 hijrah ini adalah tahun yang paling bermakna dalam hidupku dan jadikanlah setiap hari di tahun hijrah ini adalah hari yang paling bermakna dan menggembirakan .

Wednesday, December 5, 2012

Menyapu Habuk !

Oke , aku rase dekat sebulan tak update kan ? Opps! sebula lebih jgak la kan ? HAHA ! Busy sikit la weh ! Aku rase kalau blog aku ni sebuah rumah , mesti labah-labah dah bersarang , tikus disana sini , lipas berkeliaran , cicak berkejaran dan nyamuk bertaburan ,. Adakah nyamuk bertaburan ? Ahh biarlah . 

Actually aku baru habis SPM 27 November lepas ! Yippie ! HAHA ! As you know ya , from now on ,  no more waking at 5 a.m , no more uniform , no more teachers , no more text books , no more assembly , no more exam , no more meeting , no more homework , no more study , no, no and no . its over ! 

So , its time to work ! ngee~ mintak keje tapi feedback dia lambat la ,, Penat la duk umah ni , poket dah semakin kering ibarat sungai  ceper yang menampakkan kekeringan akibat suasana dunia yang semakin tidak menentu , Haish ! termasuk cerpen Sungai Ceper form 4 la pulak . Alahai , kate budak grade SPM kan ,, HAHA !

Oke , dalam takde keje dan menganggur di rumah ni , aku pun ber FB sepenuh masa , takpun aku tengok movie on9 . Baru-baru ni aku tengok cerita ISTAMBUL AKU DATANG ! hee~ best giler cerita dia ,,  HAHA !

Opps lupa , 29 November lepas birthday aku . So, Happy Birthday to me ! HAHA ! thanks pada yang wish dan yang bagi hadiah oke ! I appreciate that ! ngee ~ ye , aku celebrate dengan insan tersayang pada siang hari then petang tu aku gerak g KL . Bila dah duk kat KL rase malas nak balik JB tapi apakan daya , banyak lagi urusan yang perlu aku selesaikan kat JB ni . oke , sampai sini je dulu oke , later-later kita update lagi . PAPAI !

Friday, October 12, 2012

Budak dulu vs Budak sekarang

Kalau dulu kita takde FB-FB ni . Ape yang kite tau kalau budak-budak dulu balik sekolah tukar baju g belakang umah men teng-teng, polis n three, datuk harimau, sembunyi-sembunyi . Paling cikai pon kalau mak-mak tak kasi kuar umah kite adik beradik main congkak ataupun batu seremban .

Kalau budak sekarang balik sekolah je teros on pc bukak FB . Berejam duk depan pc sampai kawan2 satu kawasan perumahan pon dah x kenal .

So , FB ni da jdi mcm satu virus kan ? Bukan remaja je , budak sekolah rendah pon dah berjangkit . Ape lagi dengan orang dewasa . So , budak2 dulu pon dah lupa sal game n terjebak pula dalam kancah FB seperti AKU ! HAHA ! :P

Thursday, October 11, 2012

It's all about ...

Kalau perempuan rasa diorang boleh ubah diri seorang lelaki sebenarnya mereka salah ! Lelaki akan ubah diri mereka sendiri bila mereka rasa mereka ingin berubah bukan kerana orang lain ... !

Saturday, October 6, 2012

When You're Expecting ...

Sekarang ramai update sal SPM kan ..
ah . Aku tak nak pressure otak aku meng update2 tntg SPM ni .
Tak lari pon SPM ni . 
Cume dia kejar kita je .

Sekarang pon ramai yang update status 'cinta' kat wall .
Aduh . Kelakar pon ade rasenye . Yelah .
Mase bercinta says dia cinta hati, u r everything and so on.
tapi bila clash ..
Kau bodoh ! tak guna b*** , **** dan banyak lagi la .
Oke . Aku selalu bace wall dak2 FB aku ni .
Bukan nak mengata bhai tapi ...

BUAT APA DICERITA BAHAGIA KITA RASA
BIAR TAK DIPERCAYA
PEDULI ORANG KATA
BAJU RONYOK TAK APA ASAL PAKAI SELESA
BERKILAU TAK BERMAKNA KALAU HATI TAK ADA .

Macam tak ada kena mengena kan ? HAHA
Tapi line 1 tu betul la .

dah la . itu jela . Malas nak tulis lebih2 . Malas meh .

Thursday, September 20, 2012

Manangislah ...

Menangislah ..
Menangislah selagi boleh .
Sebab dengan menangis, sedikit demi sedikit kita akan melupakan kesakita yang dialami ..
Kesakitan yang ditempuhi .
Carilah Dia dalam tangisan..
Berserah kepadanya ..
 :'(

Wednesday, September 19, 2012

Sayang Menguatkan Bukan Melemahkan

Oke, kalau kawan2 aku bace tajuk je mesti dorang da gelak besar.
And suddenly they asks, sejak bile Sharpay ..?

OH babe !
Do I care about it?
Enough la.
Semua orang boleh berubah kan?
Oke tapi aku x berubah babe !
Ini memang aku yang mungkin korang belum kenal kot.
Tapi ada antara korang yang da kenal perangai aku ni !
HAHA ! (ignore that !)

Oke.
Sometimes orang kate, aku tak boleh sebab aku tak kuat .
Apa yang aku boleh cakap ,
Love itself never been complicated.
everyone says that love hurts, but that's not true !
Loneliness hurts, rejection hurts, losing someone hurts !
everyone confuses these with love.
But, in reality love is the only thing in this world that covers up all the pain and makes us feel wonderful again ...
babe..
Once you reveal your feeling, everything will be fine and well smooth .

p/s:dengan sayang seseorang ianya akan sentiasa memberikan kita kekuatan manakala disayangi oleh seseorang pula ianya akan selalu memberikan kita keberanian untuk teruskan hidup !

Tuesday, September 18, 2012

150 Juta



oke . Aku ada rase something sal lagu ni . Tapi biar aku sorang je la yang tahu ae ..?

p/s:terima seseorang apa adanya oke ! :D

Trial SPM vs penyakit berjangkit


Alhamdulillah ..
Berjaya jugak nampaknya aku habiskan 9 paper tok Trial SPM ni .
so, sekarang aku berada dalam 2 keadaan
satu gembira sebab trial dah habis
dua kecewa sebab waktu exam penting , aku jatuh sakit.
So otak pon mestilah blank bile menjawab kan ?
Hurm ..
I hope i will pass my exam with flying colours ! :DD

So , sekarang aku sedang menunggu cikgu aku bawa satu kelas g lawatan .
kat mana tu tak tau lagi .
Tunggu tok GRADUATION NIGHT lagi ..
Harap tahun akhir ni akan jadi kenangan terindah ! :D

p/s:nothing to display ~~~ lalala ~~~

Tuesday, August 7, 2012

SAKIT HATI !!!


Bila perasaan sakit hati tu da datang memang jangan cakap la kan .. Hembus je semua . Maki hamun semua keluar . Tapi aku belum lagi .. Aku ade akal yang waras lagi before nak hembus maki hamun kat orang atau aku ni skema sikit bab maki memaki ni . Ah ! Peduli ape aku . Ingat aku heran ? Bagus sangat ape diri kau tu ? Macam good-good je kan ? Bagusla buat lagi ! Lepas ni boleh aku mention nama kau pulak ! Sakit hati kite tau ! Gedikk habis ! MENYAMPAH la !!!!!

Wednesday, August 1, 2012

berbuke bersama DIA ! (celebrated his birhtday !) PART 2

(sambungan keyh !)

Dia tanya ,
''macam mane bole cam ?'' .
Aku pon jawab ''da hari2 tengok kat FB takkan tak kenal . Awak ni tinggi sangat la . !''
''tinggi sangat ke ? oke la ni .''

Then kitorang jalan masuk cs . Nak buka lambat lagi . Kitorg pon lepaking kat lif wayang . Oke . Wayang yang kat atas tu tutup . Maybe tak ramai yang tengok wayang time puasa kot . Kitorang pon cerita about each other . Dalam kol 7 lebih tu gerak g mcD tok buka puasa . Aku order , Dia blanje ! Aku order spicy chicken mcduluxe (betul ke x ejaan ni?) dan dia order double cheese burger . Masuk waktu kitorang makan sambil sembang2 . Kitorang makan benda sikit je tapi bukan main lame lagi . Dia suap kan aku kentang ! Cett ! Kentang je pon lagi mau heboh kan ? Gedikss betol ! Aku suapkan dia ayam .. Nyum nyum !

Lepas habis makan tu kitorang duduk2 jap . Kentang tinggal sikit kat dalam dulang tu . Oke Dia memang tak boleh nampak makanan . Even kalau dia da kenyang pon , kalau nampak makanan depan mata mesti nak makan . Because of that Dia ajak aku keluar dari mcD .. HAHA ! Jangan marah awak ! Kitorang jalan2 kat sekitar cs . Aku nak belikan dia something (hadiah) sebab birthday Dia ta
pi Dia berkeras tak nak . So , aku mengalah . Takpe , next nanti aku belikan siap2 before jumpe ! HAHA !

Dah penat jalan2 kitorang duduk kat satu tempat then time
to snap ! Lepas snap , kitorang balik. Hurm .. Miss that moment !

Monday, July 30, 2012

berbuke bersama DIA ! (celebrated his birhtday !)

First time jumpa ni ! Semata-mata nak spend time ngan dia on he's bilated birthday ! Oke fine , ingatkan tak dapat celebrated birthday dia .. Rupanya dapat ! hee~ Kuar umah kol 5.30 then nek bas dalam lebih kurang 5.34 gitu la ,, First rancang nak jumpa kat kedai buku .. After that rancang balik aku suruh dia tunggu aku kat JB SENTRAL .. Wah ! berdebar ni !! HAHA !! Aku ingat kalau naik dari bus stop PLENTONG sampai kejap je , rupanya dalam lebih kurang 30 minit baru sampai . Cian die kena tunggu aku .. Sampai call aku lagi bila nak sampai . So , aku cakap aku kat Taman Sentosa . (semangat nk jumpa budak noty sorg ni ! HAHA) Nasib baik waktu tu tak jalan tak jem . Kalau tak , tak tau la bile bole sampai ..

Turun bas dalam kol 6.20 gitu la. Turun bas aku terus call dia tapi dia tak angkat . Then tetibe aku ternampak dia tengah on call ngan someone . Dalam hati aku , patutla tak angkat phone . Aku jalan slow-slow kat dia then aku diri sebelah dia. Dari tempat duduk dia , dia berdiri . Tinggi budak ni ..

( THE END .. TAK YAH SIBUK NAK TAU BANYAK-BANYAK KEYH ! )

Happy Birthday awak !


Happy birthday awak ! Semoga panjang umur , murah rezeki , dapat kenal siapa diri awak n semoga perhubungan kite kekal berpanjangan ! :P

Mungkin awak tak akan baca mesej ni , atau mungkin awak akan baca .. Entah , saya pon tak pasti . Mungkin saya bukan yang pertama wish awak ,, tapi saya harap awak orang yang pertama tersenyum bila baca mesej ni !

Senyuman awak tu cute ! :P
Oke saya tunggu masa bile saya nak celebrate ngan awak ,, tapi ,, tak dapat sebab saya sekolah ,, yelah ,, awak kan cakap saya ni BUDAK SEKOLAH !

Tapi budak sekolah ni la yang wish awak tau ! hehe :) :D <3

#awak ingat x ayat ni ? ''awak tak akan hilang saya ,, tu janji saya ,,'' :D (jangan lupa tau !)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan datang lagi.. kali ini bersama dia..

Yeah ! Ramadhan datang lagi .. Puase penuh tau semua. Aku da suruh si dia puase penuh alih-alih die plak suruh kite puase penuh. Haish .. Memulangkan paku buah keras nampaknye awak ,, Takpe2 .. Saya cuba keyh ! HAHA ! :D

Malam pertama Ramadhan .. Aku kempunan g terawih sebab aku ada tuisyen .. Exam da dekat dah ni .. Si dia pon da bising suruh aku study study study .. Iye awak .. Saya study dan x penah lupe nak study .. Tapi kalau dapat terawih ngan awak kan lagi best .. Cett !

Tengah malam bergayut .. Memang x bole blah . Selalu mulut ni asyik berbunyi je.. Tapi malam tu tetibe aku jadi diam dan die pulak banyak menyanyi .. So, aku rasa lain .. Tapi dah oke balik da .. Mulut aku da jadi becok balik bile berbual ngan die tadi .. Sahur kol 4.30 .. Makan nasi goreng , ayam goreng , air teh o ..

Lepas sahur duduk2 jap , solat , baring2 then sambung gayut jap .. After off call kami tdo dalam pukul 8 lebih .. Bangun tido plak .. Haish tak payah cerita la ..

End of the story on first day fasting..

#awak tak akan hilang saya .. itu janji saya .. <3

Saturday, June 2, 2012

mereka-mereka

Pada 2.6.2012 ni aku nyatakan nama2 yang banyak beri sokongan pada aku masa aku down dan masa aku normal. Mesti korang tny kenapa 2.6.2012 bru nak buat semua ni .. Tak de ape pon. Saje je.

#My Mummy, Saimah binti Mohd Yusof
(The GREATest cooking in my life. Ibu seorang yang sporting and you slalu pentingkan pendidikan kitorang 3 beradik sbb ibu tak nak tengok anaknya hidup susah. Selalu support ape yang Syaira minat.. Always control my FB activities. HAHA !
thanks bu ..)

#My Daddy, Mohamad Dahlan bin Sanip@Saad
(Pencari rezeki yang terHEBAT ! Seorang ayah yang sporting, kelakar,hardworking and my topap supplier ! HAHA ! He always remind me to get higher mark in my important exam..)

#My Siblings Rara & Acha
(siblings yang paling giler yg aku ade)

#My Friends, SyaFeeMiRa studio, Jaja, Dyba, Zura, Pija, Fitri, Shahira, Fatin, Fara, Acul dan semua2 kawan kepada Syaira
(always support Syaira lagi2 time Syaira down. Peneman chat, peneman belajar, peneman hangout and so on .. )

#atok Tuminah
(selalu ingatkan untuk sentiasa menjaga kekemasan rumah. that's why umah aku teratur je.. HAHA)

#future brother-in-law, Fuad Dzali
(pembawa berjalan bersama cinta hatinya RARA. Time syaira stress die ngan kak RARA bawa Syaira g jalan pusing bandar.)

#My Mr. Spectacle, Mr.S
(Encik rrrrrrrr. HAHA ! Someone yang selalu bagi advice dan die yang selalu ingatkan Syaira untuk belajar rajin2. Pembimbing semangat. Percaya yang Syaira bole buat sesuatu perkara tu dengan baik. Dia juga yang selalu gembirakan Syaira dengan ayat ajuk dia.. )

#cousin,aunty,uncle,teachers, readers and who knows about me..
(korang juga tak dilupakan !)

p/s:

People always says that me must love study before love somebody. But for me, i have to love somebody before love study because they will give us a strength to love study..

Saturday, May 26, 2012

friends vs enemies (frienemies)


Pernah terpikir tak kalau kawan kita jadi musuh kita. Atau musuh jadi kawan kita? Mesti korang akan kate. Eh? what kind of ...? Tapi itulah realitinya. Kadang-kadang kita x percaya tapi mana tau itu akan jadi pada kita ?? Aku bukan nak mendoakan cuma nak korang berhati-hati. Sebab perkara macam ni dah banyak kali berlaku pada aku dan aku ambil nye sebagai iktibar.

Seriously aku cakap, memang perit bila kita lalui semua tu. Nak nak sekarang teknologi moden. Mulalah kisah 'menganjing' di mukabuku. Tapi waktu tu aku redha je. Tawakal n berdoa je pada Allah. Dalam kisah negatif tu aku ade satu tanggapan positif. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku siapa aku dan siapa dia. So sekarang pon kitorang dah mula kawan balik tapi aku kena perli pula dengan member aku yang lain. Ni yang buat aku kusut niyh ! Tak pelah. Allah tu maha mengetahui ..

Jadi aku nasihatkan, sayangilah kawan anda sebab kawan akan sentiasa berada di sisi anda walaupun korang TELAH break up dengan die.. Sebab TAK MUSTAHIL korang akan berbaik dan jadi kawan balik.. Tapi kalau kekasih, korang ingat dia nak kisah kat korang AFTER korang break up ...? Atau mungkin ade peluang kedua untuk kau n kekasih kau kembali atau jadi
kawan ...? entah ler ..

p/s:


"each of us is a star that shines with the rest. Sometimes we twinkle alone but whenever you feel like you're about to lose your own sparkle, don't worry, i'm here to add a glow."

Exam week is over (!)

Pertengahan tahun punyer exam dah habis. So, bermulalah cuti 2 minggu yang macam bukan cuti. Tiap hari ade kelas tambahan bai ! Fine .. Macam la aku nak datang kann ?

So, mase exam tu aku study SGTTT ! Aku buat dengan habis baik so result aku mestilah ... If my teachers see this then only said " Syaira, in your dream !". Pertengahan tahun ni aku x buat banyak persediaan pon. Macam hampeh je aku ni kann? Tapi kitorang gunakan strategi tahu ?? Hari guru kann mase dalam minggu peperiksaan bagi Form 5. Then kitorang bagi hadiah kat cikgu yang ajar subjek susah ! Ye ! kire bodek la tuhh. X tau la berjaya ke tak kann ?? Tawakal sahaja la.

p/s:bersedialah apabila nak menghadapi peperiksaan. jangan jadi macam aku. nak SPM pon x sedar diri lagi !

Monday, April 30, 2012

every moment , having picture !



Pengabdian untuk member di sekola. Aku malas la nak citer pasal public speaking tu. Bukan menang pon. So, ni adalah entry terbaru eden. Saksikanlah ...